26 Julai 2009

Aplikasi Pemprosesan Perkataan- Modul 5

Pemformatan Dan Penyuntingan


















Rajah 1
(Klik pada teks untuk paparan lebih jelas)

Bahagian A (KMAKDP11):
1. Mulakan MS Word, simpan dokumen dengan nama file DEKOR
2. Taipkan teks seperti rajah 1 di atas. Simpan dan tutup file.
3. Buka file DEKOR dan simpan sebagai file DEKORASI
4. Tukarkan jenis dan size fon tajuk utama kepada Arial 14 poin
5. Tukarkan "bullet" kepada "numbering"
6. Cari semua perkataan 'dengan dan tukarkan kepada 'antara'
7. Masukkan pengepala DEKORASI MODEN DAN KONTEMPORARI dan pengaki *Interior-
Rekabentuk dalaman.
8. Masukkan nombor halaman di bahagian bawah sebelah kanan.


Menghasilkan Dokumen Perniagaan
Bahagian B (KMAKDP12):
Soalan 1.
Anda dikehendaki mencipta satu surat perniagaan 'stail blok dan inden' dengan 'tanda baca penuh'. Surat anda mestilah mengandungi:

  • Kepala Surat (latterhead)
  • Bahagian Surat
  • Nota Khas:
    i. tajuk surat (subject title)
    ii. baris perhatian (attention line)
    iii. baris nama syarikat (company's name)
    iv. baris lampiran (enclosure line)

Simpan surat anda dengan nama file: surat perniagaan. Pratayang dan cetak satu salinan dokumen


Soalan 2.
Anda dikehendaki mencipta satu memo dengan stail tanda baca terbuka di dalam kertas besaiz A5 dan orientasi landscape. Memo anda mestilah mengandungi:

  • Pengepala memo
    i. nama penerima dan penulis
    ii. tarikh
  • Isi memo
    i. tajuk memo / huraian tajuk
  • Penutup memo
    i. Tandatangan

Cetak dokumen



Soalan 3
Anda dikehendaki pencipta satu Laporan Perniagaan anda sendiri dengan ketetapan Page Setup seperti berikut:

  • Kertas A4; margin atas 1.5"; margin bawah 1"; margin kiri 1.5"; margin kanan 1".
  • Laporan anda mestilah mengandungi:
    i. judul halaman
    ii. isi kandungan
    iii. kandungan
    iv. apendiks atau indeks (salah satu)

Cetak Laporan Perniagaan anda.










Rajah 2
(Klik rajah 2 untuk paparan lebih jelas)

Soalan 4.
Anda dikehendaki mencipta satu jadual perniagaan seperti rajah 2 di atas.

  • Jadual mengikut elemen yang diperlukan
  • Menginput data
  • Attribut sel:
    i. jajar (align)
    ii. isih (sort)
    iii. cantum sel (merge sel)
    iv. pisah (split)
  • Bullet dan Numbering
  • Sempadan dan lorekan

Cetak jadual rajah 2 dan jadual yang sudah yang anda telah lakukan pemformatan.

Soalan 5.
Anda dikehendaki mencipta satu borang biodata staf si syarikat anda. Borang tersebut mestilah mengandungi Tajuk dan Isi Kandungan Borang.
Cetak dokumen tersebut


Mencetak Dokumen Perniagaan
Bahagian C (KMAKDP13)
Soalan 1.
Anda dikehendaki menentukan opsyen page setup dan pemilihan opsyen pencetak

  • Surat perniagaan
  • Memo
  • Laporan perniagaan
  • Jadual perniagaan
  • Borang perniagaan


Mencantum Mel (mail-merge)

Bahagian D (KMAKDP14)
Soalan 1.
Anda dikehendaki membuat surat pemberitahuan kepada pelanggan-pelanggan anda di mana mesyuarat pada 10.ogos 2009 akan dibatalkan dan diganti dengan tarikh yang akan diberitahu kelak.
Lakukan proses cantuman mel dengan menaip surat untuk 8 orang pelanggan anda yang mempunyai alamat berasingan. Anda perlu menyediakan:

  • File dokumen
  • File data

Cetak hasil cantuman yang diperolehi

Soalan Tamat. Selamat Mencuba

*Jika ada sebarang kemusykilan tinggalkan pesanan anda di side bar (CBOX)