07 April 2009

Tugasan Internet Dalam Peniagaan Modul 10

KMAKDP 29 - Menggunakan e-mel

1. Anda dikehendaki mendaftar dua e-mel dari penyedia e-mel percuma dari enjin pencari:
a. Yahoo
b. MSN

Buktikan proses pendaftaran e-mel anda melalui hasil cetakan. Cara membuktikan proses pendaftaran menggunakan kaedah printscreen semasa:

a. mengisi borang pendaftaran
b. setelah proses pendaftaran berjaya

2. Anda dikehendaki menghantar e-mel kepada seorang pelanggan anda dengan menulis mesej yang menyatakan anda mengucapkan terima kasih kerana melanggan/membeli barangan syarikat anda. Bersama-sama e-mel ini juga anda melampirkan satu dokumen perniagaan:
a. Invois
b. Nota Debit
Buktikan proses mencipta e-mel dengan hasil cetakan.

3. Anda dikehendaki menghantar e-mel yang sama kepada 3 pelanggan anda secara serentak (Menggunakan kaedah CC)
Buktikan juga proses menghantar e-mel kepada berbilang penerima anda dengan hasil cetakan. Anda boleh menggunakan kaedah printscreen.

4. Anda dikehendaki membuka e-mel yang dihantar oleh pelanggan-pelangga yang meminta anda meng'e-mel'kan brosur barangan produk keluaran syarikat anda kepadanya. Anda dikehendaki membuktikan proses membalas e-mel tersebut bersama-sama lampiran brosur itu kepada:
a. seorang penerima
b.berbilang penerima


KMAKDP 30 - Mencari Maklumat Di Internet

1. Anda dikehendaki membuka mana-mana pelayar web yang ada dalam komputer anda, cari maklumat-maklumat yang berkaitan perniagaan melalui engin pencari berikut:
a. Yahoo.
b. Excite
c. Alta Vista
d. Google
Simpan maklumat yang anda perolehi dari setiap enjin pencari di atas dan catatkan juga url maklumat tersebut.

2. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat perniagaan di internet dengan kaedah memasukkan alamat /url yang anda tahu di dalam navigation toolbar.

KMAKDP 31 - Mencetak Maklumat dari Internet

1. Anda dikehendaki mencetak maklumat yang diperolehi dari setiap enjin pencari dengan kaedah yang betul.


Selamat Mencuba