09 April 2009

Tugasan Aplikasi Persembahan

KMAKDP 25- Merancang Persembahan

1. Anda dikehendaki merancang satu dokumen persembahan perniagaan sekurang-kurangnya mengandungi 9 slaid persembahan yang mengandungi:
a. Tajuk
b. Kandungan (teks atau imej/grafik)
c. Susun letak (teks atau imej/grafik)

2. Anda boleh merujuk perancangan slaid persembahan ini berdasarkan tajuk brosur yang telah dibuat sebelum ini.
3. Anda dibenarkan mengimport objek/grafik dari mana-mana sumber (clip art / internet)
4. Hasil atau evidens perancangan anda perlulah ditunjukkan dengan membuat lakaran di atas kertas A4. Lakaran mestilah kemas.

KMAKDP 26 Membina Persembahan

1. Dalam membina persembahan, anda perlu merujuk kepada kertas perancangan yang telah disiapkan sebelum ini.
2. Pembinaan slaid anda mestilah menunjukkan kemahiran pemformatan teks, grafik dan animasi seterusnya menunjukkan unsur alignment, transition effect dan mengawal masa.
3. Pembinaan slaid perlu dibuat dalam dua fail iaitu:
a. slaid boleh dikendalikan secara manual
b. slaid boleh dikendalikan secara automatik.

3. Semasa melaksanakan tugasan ini anda perlulah menggunakan :
a. Sistem penjarian yang betul
b. Postur badan yang betul
c. Stesen kerja yang tersusun

4. Setelah selesai membina slide persembahan, anda perlu membuat persembahan pratayang untuk memastikan tiada kesalahan, dan seterusnya membuat penambahbaikan..

KMAKDP 27 Mencetak Persembahan

1. Menetapkan opsyen halaman:
a. menentukan margin
b. menentukan saiz halaman
c. menentukan otientasi halaman samada landscape atau potrait

2. Menetapkan opsyen pencetak anda
a. Setup pencetak anda pada komputer- mengkonfigurasi pencetak dengan menginstalasi pemacu pencetak
b. Melakukan pratayang atau print preview sebelum anda mencetak slaid.

KMAKDP 28 Menyampaikan Persembahan

1. Anda dikehendaki menyampaikan persembahan slaid anda di makmal komputer dan disaksikan oleh guru dan rakan-rakan. Persembahan perlulah diiringi dengan keterangan bagaimana penghasilan slaid tersebut. Rakan-rakan anda boleh memberi kritikan yang membina

2. Penyampaian persembahan perlulah disampaikan secara:
a. manual
b. automatik

*slaid persembahan automatik perlu dimasukkan dengan muzik latar (dalam slaid transition)