05 April 2009

Aplikasi Komputer Tingkatan 4- Santai Hujung Minggu




1. Rajah di atas menunjukkan komponen asas sistem komputer. Labelkan kesemua kotak kosong di dalam rajah tersebut

2. Perisian merupakan satu kumpulan arahan yang ditulis dalam pelbagai bahasa pengaturcaraan komputer untuk tujuan tertentu. Nyatakan tiga (3) kategori perisian tersebut.

3. Apakah ciri-ciri yang terdapat dalam perisian Windows.

4. Peranti telekomunikasi berfungsi untuk menghubungkan antara komputer dengan komputer yang lain melalui rangkaian. Ia berfungsi untuk menukarkan isyarat digital kepada isyarat analog dan sebaliknya. Apakah peranti yang dimaksudkan itu?

5. Terdapat 7 aplikasi perdana yang dilaksanakan di dalam MSC. Nyatakan lima (5) daripadanya.




6. Berdasarkan imej di atas dan pengetahuan sedia ada, anda dikehendaki menghuraikan secara ringkas berkaitan dengan nama dan spesifikasinya, fungsi dan kelebihannya

7. Cip ingatan terdiri daripada Ingatan Capaian Rawak (RAM) dan Ingatan Baca Sahaja (ROM), nyatakan fungsi kedua-dua cip tersebut.

8. Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan :
a. File
b. Folder

9. Nyatakan tiga (3) peranti input yang anda tahu dan nyatakan sekali fungsi bagi setiap satu peranti tersebut.

10. Proses yang berlaku secara automatik apabila komputer dihidupkan iaitu dengan cara memasukkan sistem operasi daripada cakera keras ke dalam RAM. Apakah yang dimaksudkan dengan proses tersebut?


Buat latihan berikut mengikut langkah kerja yang anda telah pelajari:

1. Wujudkan folder baru dan namakan folder tersebut sebagai "Aiman"
2. Wujudkan file baru dengan nama file "biodata aiman" dan simpan file tersebut di dalam folder Aiman.


.:Selamat mencuba:.

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh hubungi cikgu Sabri dengan emelkan pertanyaan anda ke telagamas23@yahoo.com. atau di ruangan KEMUSYKILAN di sidebar