13 April 2009

Kemahiran Asas Matematik Dalam Perniagaan Modul 7

KMAKDP 19 Prinsip Asas Aritmetik

1. Tukarkan:
a. 70% kepada bentuk perpuluhan
b. 60% kepada bentuk pecahan
c. 4 1/2 kepada bentuk perpuluhan

2. Selesaikan masalah dibawah dengan menggunakan hukum BODMAS. Jawapan hendaklah dalam dua tempat perluluhan.


3. Seselsaikan masalah penggunaan kadar di bawah:

a. 26 biji epal yang dibeli telah busuk. Berapa peratuskah buah yang elok?
b. 90 ekor daripada 400 ekor lembu telah dijual. Berapa peratuskah lembu yang belum dijual?


KMAKDP 20 Pengiraan Dalam Perniagaan

1. Dalam proses jual beli, terdapat dua jenis diskaun. Nyatakan diskaun tersebut

2. Ahmad telah membeli mesin pencetak berharga RM 850.00 . Berdasarkan kepada invois yang diperolehinya bertarikh 28 Jun dengan syarat pembayaran 6% 10 hari. Tentukan jumlah yang patut Ahmad bayar jika invois dibayar pada:

a. 6 Julai
b. 12 Julai

3. Airil Motors telah menjual 8 buah motor Juara SE bernilai RM 56000. Beliau masih mempunyai 2 motosikal jenis tersebut dikedainya. Oleh kerana ingin membawa masuk motosikal jenama Juara Exi , maka beliau membuat promosi. Harga baru motor Juara SE ini dikira berdasarkan mark down 12.5%. Berapakah harga sebiji motor ini semasa promosi jualan penghabisan stok?

4. Puan Hartini telah membuat pinjaman daripada Bank Komersial. Beliau dikenakan faedah sebanyak 8.5% setahun. Jika beliau meminjam sebanyak RM 46000, kirakan:

a. Faedah yang perlu dibayar kepada bank tersebut dalam tempoh 2 tahun
b. Kirakan jumlah bayaran balik sebulan jika pinjaman dibuat dalam tempoh dua tahun

5. Merujuk kepada soalan di bawah:


Klik jadual untuk paparan lebih jelas

a. Jadual 1 di atas menunjukkan pendpatan tahunan En Nik Farid. Kirakan jumlah cukai yang perlu dibayar.


Klik jadual untuk paparan lebih jelas

b. Jadual 2 di atas menunjukkan Penyata Gaji Bulanan En Ibrahim. Kirakan dan lengkapkan jadual tersebut:
i. Jumlah pendapatan
ii. Jumlah potongan
iii. Pendapatan bersih

6. Syarikat Maju Enterprise mendapat keuntungan RM 450000.00 pada tahun 2008 dan akan memberikan dividen kepada pemengang syernya sebanyak 6%. Berapakah jumlah dividen yang perlu diperuntukkan untuk pemegang syernya?

7. Jika Puan Suraya bersetuju dengan upah harian yang ditetapkan sebanyak RM 30.00 dan bekerja selama 6 jam sehari, berapakah upah yang akan dierolehinya dalam tempoh 30 hari?


-Soalan Tamat. Selamat Menjawab-

*Sebarang pertanyaan/kemusykilan/cadangan, bolehlah tinggalkannya diruangan KEMUSYKILAN di sidebar. Terimak kasih