05 April 2009

Aplikasi Komputer - Internet Dalam Perniagaan

Definisi

Internet- Gabungan rangkaian komputer yang sangat besar meliputi seluruh dunia yang dihubungkan melalui media penghantaran bagi tujuan perkongsian maklumat dan komunikasi.

Intranet- Merupakan rangkaian dalaman yang dibina bagi kegunaan sesebuah organisasi. Juga bermaksud gabungan rangkaian kawasan setempat dalam sesebuah organisasi.

Penggunaan Internet Dalam Perniagaan:
1. Komunikasi- berbincang, bertukar-tukar maklumat, sidang video dan emel.
2. Kewangan- Melihat turun naik saham dan pembayaran bil (e-banking)
3. E-Dagang- Untuk memperkembangkan perniagaan. Contoh, Lelong.com, dell.com.my dan pasarborong.com
4. Penyelidikan dan pembangunan- Menyebarkan hasil penemuan untuk tujuan rujukan orang lain dan mendapatkan maklum balas.


Rangkaian Komputer

Merupakan satu sistem komunikasi yang menghubungkan dua atau lebih komputer bagi pertukaran maklumat dan sumber.
Secara amnya terdapat 3 jenis rangkaian:
1. LAN - (Local Area Network)
2. MAN - (Metropolitan Area Network)
3. WAN - (Wide Area Network)

LAN - Menghubungkan komputer dalam satu bangunan, seperti pasar raya, hospital atau sekolah. Contoh: Komputer A mengakses komputer B dalam satu universiti.

MAN - Menghubungkan komputer dalam saru kawasan yang luas seperti satu kawasan perbandaran. Contoh: Komputer A mengakses komputer B dala bandar Putera Jaya.

WAN - Menghubungkan komputer dalam kawasan yang luas antara negara atau negeri. Contoh: Komputer A di Putera Jaya mengakses komputer B di Pahang.


Kelebihan Penggunaan Rangkaian
1. Perkongsian maklumat- Data dan maklumat yang disimpan dalam komputer pelayan (server) dapat dicapai dengan mudah oleh pengguna. Contoh: Di makmal komputer sekolah, hasil perbincangan secara berkumpulan pelajar AKDP yang telah siap telah disimpan di dalam komputer server. Dalam waktu yang sama, pelajar dari kumpulan A boleh mengakses maklumat perbincangan kumpulan B.

2. Perkongsian Perkakasan- Perkakasan seperti pencetak, pengimbas dan faks modem boleh dikongsi penggunaannya oleh semua komputer yang terdapat dalam sistem rangkaian. Contoh: Di makmal komputer hanya terdapat satu pencetak saja. Namun pelajar dari komputer A, komputer B atau komputer C masih boleh mencetak secara bergilir-gilir tanpa perlu pergi kepada satu pencetak tertentu sahaja.

3. Perkongsian Perisian- Hanya satu perisian sahaja perlu dipasang pada komputer server dan komputer lain boleh terus menggunakan perisian tersebut. Kos pembelian dapat dijimatkan.

4. Komunikasi elektronik- Emel dan sidang video

5. Capaian Yang Fleksibel- Pengguna boleh mengakses file yang disimpan dalam mana-mana komputer yang terdapat dalam sistem rangkaian.

6. Keselamatan Data- Setiap pengguna rangkaian dibekalkan dengan nama akaun dan kata laluan yang berbeza. Hal ini membolehkan komputer server mengenalpasti dan hanya membenarkan capaian yang dibenarkan sahaja untuk menjamin keselamatan data.


Etika Internet
1. Menghargai pendapat orang lain dalam medan diskusi
2. Menghormati pengguna lain walaupun tidak mengenalinya
3. Bersopan-santun semasa berdiskusi
4. Bersikap terbuka untuk berkongsi maklumat dan kepakaran
5. Tidak menyentuh soal peribadi pengguna lain semasa berdiskusi
6. Tidak menyebarkan berita palsu, fitnah dan khabar angin.
7. Bersikap pemaaf terhadap pengguna lain
8. Bersedia membantu menyelesaikan masalah pengguna lain

Kita juga patut berhati-hati apabila menulis kerana segala tulisan dan pendapat kita akan direkodkan dan tersimpan untuk jangka masa yang panjang!!

*Kata laluan (password): merupakan perkataan atau kod atau simbol untuk kita dapat mencapai sistem koputer

*Firewall: merupakan satu kaedah bagi menapis data yang diterima atau yang hendak dihantar ke komputer lain dalam rangkaian. Contoh: windows firewall. Kita boleh melihat windows firewall pada komputer kita dengan pergi ke Control Panel dan klik Windows Firewall. Di situ kita boleh melihat samada Firewall kita berfungsi atau tidak dan kita boleh mengaktifkannya jika ia sebaliknya.

*Penyulitan (encryption): merupakan satu teknik menukar data yang dihantar ke dalam bentuk kod rahsia dan ditukarkan semula ke bentuk asal apabila diterima oleh penerima.


Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider- ISP)
Merupakan badan yang menyediakan perkhidmatan internet. Contoh: TMnet. Jaring, Maxis Comunications, Celcom Broadband dan lain-lain.


Laman Web
Laman web (web page) merupakan dokumen elektronik berbentuk tulisan, gambar, grafik dan persembahan multimedia seperti bunyi dan paparan video.

Home Page merupakan halaman pertama pada sesuatu laman web. Laman ini mungkin terdiri daripada satu halaman sahaja atau beratus-ratus halaman.

Pautan ialah suatu elemen di dalam laman web yang membawa pengguna ke tempat lain di dalam laman web yang sama atau ke laman web yang berlainan.


Perisian Internet
Pelayar web (web browser) yang biasa digunakan ialah Netscape Navigator dan Microsoft Internet Explorer (pada masa buku ini ditulis). Selain daripada itu ada lagi yang terbaru dan agak popolar sekarang seperti Mozilla Firefox, Opera, Safari dan lain-lain.

Ciri-ciri pelayar web - ada butang "Back", "Forward", "Search", "Favorites", dan fungsi keselamatan seperti anti spam, anti pop-up dan adware.


Maklumat Penting
Internet memberikan pelbagai kemudahan komunikasi, antaranya ialah Jaringan Web Sedunia (world wide web, www), e-mel, Protokol Pemindahan Fail (File Transfer Protokol-FTP), enjin pencari (search engine) dan Sembang Berganti Internet (Internet Relay Chatting- IRC).
Internet juga mempromosi barangan dan perdagangan .


Mel Elektronik
E-MEL terdiri dari dua bahagian yang dipisahkan dengan simbol @. Contohnya alamat e-mel aida@tm.net.my dimana aida ialah nama pengguna dan tm.net.my ialah identiti laman atau subdomain penyedia perkhidmatan.

Perisian untuk e-mel:
1. Microsoft Outlook,
2. Outlook Express,
3. Edora Mail
4. Mozilla Mail,
5. Macintosh OS-X Mailer dan lain-lain.



Perdagangan Elektronik (E- dagang)

Kelebihan
1. Dapat memasuki pasaran baru dan boleh bersaing dengan adil dan saksama
2. Kawasan pasaran tak terhad. Boleh diperluaskan ke peringkat global
3. Mengurangkan kos operasi syarikat
4. Senang mendapat maklumbalas dari pelanggan seterusnya dapat memperbaiki strategi perniagaan
5. Transaksi perniagaan lancar dan berkesan
6. Pengguna dapat membuat banyak pilihan dengan membuat perbandingan dengan syarikat lain.

Kekurangan
1. Laman web terpaksa dikemaskini selalu. Ini melibatkan kos yang tinggi
2. Laman web memerlukan keselamatan yang tinggi bagi melindungi pengguna kerana pembelian secara kad kredit
3. Masih terdapat pengguna yang tidak yakin untuk pembelian barang melalui internet
4. Penggunaan internet terhad kepada kawasan pedalaman

Jenis Perniagaan Dalam Talian
E- dagang meliputi enam sektor utama:
1. Pengiklanan
2. Pendidikan
3. Kewangan
4. Bidang profesional
5. Peruncitan
6. Pelancongan

E-bayaran
Pembayaran tidak menggunakan duit tunai -secara online (pelanggan membayar melalui komputer PC- contoh maybank2u.com) dan offline ( wang pos, kiriman wangatau cek)

Ciri-ciri utama e-bayaran
1. Selamat- Teknologi SET pembeli, penjual dan pihak bank perlu mendaftar dengan badan persijilan tertentu bagi mengesahkan identiti mereka semasa menjalankan urusniaga.
2. Mudah- Tidak memerlukan tunai. Hanya guna kad kredit, kad pintar atau kad prabayar.
3. Cepat - Urusniaga menjadi lebih cepat.


Pemasaran Dan Pengiklanan Internet

Kelebihan e-pemasaran dan e-pengiklanan:
1. Boleh mengiklankan produk atau perkhidmatan secara maya
2. Pengiklanan tanpa batasan (global)
3. Kos pengiklanan dapat dikurangkan
4. Aras permintaan produk dapat dipertingkatkan
5. Mudah dan berkesan


Pelayaran Internet Untuk Maklumat
Bagi mencari maklumat melalui internet- buka pelayar web(Seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox, masuk ke enjin pencari. Enjin pencari akan menghubungkan laman web yang dikehendaki dan berupaya mengendalikan banyak maklumat yang berindeks dengan cepat. Antara syarikat enjin pencari terbaik ialah;
1. Yahoo - http://www.yahoo.com
2. Google - http://www.google.com
3. Alta Vista - http://www.altavista.com
4. Excite - http://www.excite.com
5. Lycos - http://www.lycos.com
6. Cari - http://www.cari .com.my


Sumber: Modul Pembelajaran Aliran Vokasional Aplikasi Komputer DalamPerniagaan