30 Mac 2009

Aplikasi Komputer - Pemprosesan Perkataan

Dalam modul pembelajaran, pemprosesan perkataan (Modul 5) dan Aplikasi Pemprosesan Perkataan (Modul 6) telah digabungkan menjadi satu modul pentaksiran iaitu Modul 6. Untuk itu saya juga akan membincangkan topik ini berdasarkan modul pentaksiran.

Di sini saya masukkan dulu beberapa aspek asas dalam pemprosesan perkataan. Walaupun dikatakan asas, namun ia tetap menjadi soalan popular di dalam SPM tetapi pelajar tetap berisiko melakukan kesilapan. Kesilapan yang biasa dilakukan ialah pelajar gagal mengenalpasti toolbar-toolbar dalam elemen paparan MS Word. Oleh itu saya paparkan di sini elemen tersebut dengan harapan pelajar dapat mengenalpasti betul-betul nama toolbar.


Butang kawalan
Butang kawalan pada title bar juga boleh mengelirukan pelajar. Di sini saya tunjukkan butang kawalan untuk Minimize dan Restore. Harap pelajar meneliti simbol tersebut dengan betul-betul.




Mencari dan mengganti teks
Di dalam sesuatu karangan yang panjang atau artikel yang telah anda tulis didapati ada beberapa patah perkataan difikirkan tidak sesuai. Contohnya perkatan modal hendak digantikan dengan dana. Jadi adakah anda perlu mencari satu persatu perkataan itu di dalam artikal anda untuk ditukarkan kepada perkataan dana. Jawapannya tidak. MS Word dapat menyelesaikan masalah anda itu. Mari ikuti langkah-langkah berikut:

Buka file artikel anda.
1. Klik menu Edit dan Klik Find
2. Klik Find


3. Taip teks yang hendak dicari dalam petak Find what:
4. Klik Replace
5. Taip teks yang akan diganti dalam petak Replace with:
6. Klik Find Next
7. Klik Replace atau Replace All
8. Klik X (tutup dialog box)

Selamat Mencuba.