Tahun silih berganti, kelas bertukar ganti, kelas yang saya ajar- Proton, Elektron dan Neutron. Dalam usaha memantapkan ilmu di dada dan demi untuk mendidik anak bangsa, Tahun 1999 saya meneruskan pengajian ke UTM (Kejuruteraan Elektrik Serta Pendidikan) sehingga tercampak semula ke SMT Kuala Klawang pada 2002. Satu transformasi berlaku apabila saya dipertanggungjawabkan untuk mengajar kelas Pengurusan Perniagaan iaitu paper Aplikasi Komputer dan Perakaunan Perniagaan. Agak tunggang langgang saya dibuatnya. Kelas ini membuatkan saya terkenang pelajar-pelajar 5PPN (first intake 2006-2007 dan sec intake 2007-2008)..Nama-nama 'besar' seperti Ecah, Aziela, Midi, Amir masih segar dalam ingatan. Begitu juga Pinutz, Firdaus, Mawar dan lain-lain (ramai lagi- tak tertulis kat sini). Memang saya dedicated entri ini untuk anda semua.
Akan Datang?
Rasanya seperti dunia berputar semakin laju dan cepat, sehari seoalah-olah tak tampai 24 jam lagi. Kita terpaksa mengejar putaran hidup ini. Kita juga perlu pantas mengikut arus perubahan. Nak tak tak kita perlu berlari. Tapi awas! kita mesti berwaspada dalam mengejar dunia yang penuh pancaroba. Apa yang perlu kita kejar, berapa banyak benda yang kita nak kejar dan apa yang sudah dikejar dan belum dikejar lagi. Jadi semuanya memerlukan kita membuat perancangan yang rapi dan mematuhi serta melaksanakan apa yang dirancang. Sebut kata perancangan mestilah merancang sesuatu untuk masa yang akan datang. Tanyalah diri sendiri apa yang kita hendak rancang pada masa akan datang. Semua orang ada visi dan misi. Jangka panjang dan jangka pendek. Sejauh manakah perancangan jangka panjang? sependek mana perancangan jangka pendek? Jawapannya ada pada setiap individu. Cuma satu yang kita mesti ingat dalam membuat perancang masa depan iaitu di mana hidup kita akan 'berakhir'..