31 Mac 2009

Aplikasi Komputer - DISKAUN PERDAGANGAN


Pendahuluan.

Harga-harga yang ditunjukkan di dalam catalog atau senarai harga adalah tertakluk kepada diskaun harga yang dikenali sebagai diskaun perdagangan. Diskaun perdagangan adalah diungkap sebagai peratusan daripada harga senarai (harga barangan yang disenaraikan), kos pengangkutan, telefon dan lain-lain perbelanjaan adalah dibayar dengan penuh. Diskaun seumpama ini boleh berbentuk sama ada tunggal atau bersiri. Memberi diskaun hanya secara begini lazimnya digunakan untuk meminda harga tanpa melibatkan perbelanjaan dan kerja-kerja mencetak semula senarai harga yang tersedia ada. Misalnya, bagi diskaun perdagangan tunggal 20%, harga boleh dinaikkan dengan menurunkan kadar diskaun umpamanya diturunkan ke 15%. Dengan demikian juga jika hendak menurunkan harga, apa yang perlu dibuat ialah dengan menaikkan kadar diskaun umpamanya dari 20% kepada 25%.

Harga yang disenaraikan atau dikatalogkan adalah sama bagi kesemua pembeli akan tetapi pemberian diskaun sahaja yang berbeza yang menyebabkan harga bersih atau nilai invois berlainan di antara pembeli. Misalnya si A dan si B membeli barang yang sama tetapi kuantitinya berlainan. Katakanlah si B membeli barangan tersebut lebih banyak daripada si A, dengan yang demikian si B lazimnya mendapat diskaun yang lebih tinggi daripada si A.

Diskaun Perdagangan Tungggal

Diskaun perdagangan dan harga bersih dikira MENGIKUT RUMUSAN SEPERTIMANA DI BAWAH:

DISKAUN PERDAGANGAN = Kadar diskaun X harga senarai

* Harga Bersih = Harga senarai (Asal) – Diskaun Perdagangan.



Contoh 1:
Cari harga bersih kepada pembeli peti sejuk yang harga senarainya (asal) $900 dengan diskaun perdagangan sekadar 20%.

Jawapan:
Diskaun Perdagangan = Harga senarai(Asal) X kadar diskaun
= $900 X 20%
= $180

*Harga Bersih = Harga senarai(Asal) – diskaun

= $900 - $180
= $720

Contoh 2:
Pengurus Syarikat Jaya membeli 100 buah mesin kira dnegan harga senarai $50 sebuah. Jika diskaun perdagangan yang diberikan adalah 25%, berapakah junlah sepatutnya dibayar oleh Syarikat Jaya.

Jawapan.

Disakun Perdagangan = Harga senarai X kadar diskaun
= $50 X 25%
= $12.50

*Haga Bersih sebuah = $50 -$12.50
= $37.50

**Jumlah harga = $37.50 X 100
= $3,750.00
Contoh 2

Sebuah mesin taip disenaraikan dengan harga $380 dan dijual dengan harga $250. Berapakah kadar diskaun perdagangan yang diberikan.

Jawapan

Kadar Diskaun = Diskaun Perdagangan
-------------------------- X 100%
Harga Senarai

= $130
----- X 100%
$380

= 34.2%


Sumber asal dari: Cikgu Halim Desa, SMT Port Dickson.